Advertise Now!

Friday 7 June 2013

Artis : Aktres Bollywood, Jiah Khan Gantung Diri Di Rumahnya

Aktres Bollywood, Jiah Khan Gantung Diri Di Rumahnya

Aktor Bollywood yang mencipta nama menerusi filem Nishabd, Jiah Khan telah ditemui mati dalam keadaan menggantungkan diri di kediamannya di Juhu pada malam Isnin lalu.

Pihak Polis Mumbai mengesyaki bahawa aktor tersebut telah membunuh dirinya sendiri, namun masih tidak jelas mengapa dia sangguo melakukan perkara drastik yang sebegitu.

"Selepas pihak polis rodaan menerima panggilan sekitar jam 12 tengah malam, sebuah kenderaan van polis terus bergegas di lokasi tersebut. Jiah Khan telah dijumpai dana keadaan yang tidak sedarkan diri dan telah dibawa segera ke hospital Cooper sebelum di sahkan mati sebaik saja tiba," kata pihak polis Juhu dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada pihak media.

Menurut pihak polis lagi, kematian Jiah Khan atau nama sebenarnya Nafisa Khan telah meninggalkan tanda tanya kerana tiada sebarang nota yang ditemui bersamanya atau di dalam apartment yang didiaminya bersama ibu dan kakaknya itu.

Ibu dan kakanya bagaimanapun tiada di rumah sewaktu Jiah Khan membunuh diri dengan mengunakan dupatta (kain) untuk menggantungkan diri.

Ramai bintang Bollywood yang terkejut dengan kematian Jiah Khan yang penuh tragis itu. Antaranya ialah Dia Mirza serra Amitabh Bachchan. Amitabh Bachchan yang mendengar khabar itu terus menghantar posting tweet: "-WHAT ...!!! Jiah Khan ??? what has happened ? is this correct ? unbelievable !!!"

Tentang Jiah Khan
Jiah mula menceburkan diri dalam bidang lakonan setelah membintangi filem penuh kontroversi arahan Ram Gopal Varma, Nishabd bersama Amitabh Bachchan. Sewaktu diluncurkan pada Mac 2007, filem ini menerima pelbagai maklum balas daripada, namun Jiah diingati kerana keyakinan, attitude dan sex appeal yang ditonjolkannya di dalam filem itu. Tidak hairanlah mengapa dia tersenarai sebagai antara calon Pelakon Baru Terbaik dalam Anugerah Filmfare. -Murai

Ditulis Oleh : Unknown // 00:31
Kategori:

0 comments:

Post a Comment

 
Advertise Now!
Powered by Blogger.

Popular