Advertise Now!

Thursday 6 June 2013

Info : Michelle Yeoh & Zang Toi Terima Darjah Kebesaran



Tidak kiralah bagaimana sesebuah kejayaan itu dinilai, selagi pencapaian yang mengharumkan nama seperti negara khususnya pasti mendapat imbuhan atau ganjaran setelah berbakti kepada tanahair. Panjang intro Murai Batu kali ini, ala-ala penyampaian berilmiah katanya.

Membebel panjang pun tak guna, yang penting gadis Bond untuk Tomorrow Never Dies kelahiran Ipoh iaitu Dato` Michelle Yeoh baru-baru ini dah dapat gelaran baru. Kalau nak dikira dah paling tertinggi lah yang pernah diberi kepada penggiat -penggiat seni sebelum ini.

Tan Sri Dato` Michelle Yeoh menerima pingat Panglima Setia Mahkota daripada DYMM Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan baginda yang jatuh pada 1 Jun lalu. Sebagai Malaysia Brand Ambassador atau Duta Jenama Malaysia, Murai Batu rasa memang dia layak menerima gelaran tersebut.

Murai Batu memang seorang nasionalis, wah, kiranya apa sahaja perkara yang mengharumkan nama negara pasti Murai Batu rasa bangga. Sekarang bukan Tan Sri Dato` Michelle Yeoh dan Dato' Jimmy Choo sahaja dikenali sebagai orang Malaysia, penyanyi Yuna, Shila Amzah, Mizz Nina dan beberapa nama lain dibidang masing-masing.
Murai Batu lebih ambil tahu pasal selebriti kita yang hebat diluarlah. Kalau tak selebriti manalah Murai Batu nak kenal sangat, oops!

Sekali lagi diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Dato` Michelle Yeoh kerana disebabkan dia, seorang rakyat Malaysia sama seperti kita semua telah berjaya meletakkan nama Malaysia di peta dunia. Tengoklah kalau Murai Batu dah mula, terlebih sudah.

Lupa pula seorang lagi anak watan dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu pereka Zang Toi yang turut dianugerahkan Darjah Pingat Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk. Hebat betulkan rakyat Malaysia, bukan calang-calang kejayaan mereka. Murai Batu harap mereka ini dapat jadi inspirasi anda untuk mencipta kejayaan dalam hidup okay? -Murai

Artis : Sebenarnya, Ramai Lagi Artis Pernah Ditipu Adam Davin



Susulan daripada kes tipu seorang pelakon baru, Adam Davin terhadap produser kontroversi Raja Azmi, nampaknya telefon bimbit Murai Batu tak berhenti-henti berdering menerima panggilan.

Paling menarik perhatian Murai Batu apabila ada seorang pengurus kepada beberapa selebriti popular tanah air telah mengadu nasib tentang dirinya dan beberapa orang artis lain yang didakwa pernah ditipu oleh pelakon berkenaan.

Kata pengurus berkenaan, ketika membaca kenyataan Raja Azmi ingin menyunting Adam Davin sebagai pelakon, dia sudah mula rasa tidak sedap hati dan ingin memberi peringatan kepada produser .... Dalam Botol itu supaya berhati-hati.

Bagaimanapun hasratnya itu tenggelam begitu sahaja apabila dari hari ke sehari dia tidak sempat menghubungi Raja Azmi kerana kesibukan dengan tugas harian serta komitmennya sebagai pengurus artis.
Kata pengurus berkenaan kepada Murai Batu, bukan dia, malah beberapa orang artis didakwa pernah mengalami nasib serupa kerana kelicikan pelakon baru berkenaan bermain kata-kata.
Dakwa pengurus berkenaan, Adam Davin pernah memberi tahu dia dan seorang artis wanita bahawa dia merupakan seorang pramugara dan kerap terbang ke sana ke mari.

Kerana percaya dengan tipu daya pelakon lelaki berkenaan, pengurus itu telah mengirimkan wang kepadanya untuk membeli beberapa aksesori dari luar negara yang ternyata jauh lebih murah berbanding di dalam negara.

Bagaimanapun dakwa pengurus berkenaan, selepas wang berkenaan diberikan, mereka tidak mendengar sebarang khabar berita daripada Adam Davin, apatah lagi untuk mendapat barang yang dipesan.
Malah kenyataan Adam Davin yang mengatakan dia seorang pramugara adalah tipu semata-mata.

Begitu juga dengan kejadian yang menimpa seorang artis wanita apabila dia telah ditipu bulat-bulat oleh Adam Davin yang didakwa dia memiliki perniagaan di pusat beli-belah Wangsa Walk, Wangsa Maju.

Bagaimanapun selepas artis berkenaan pergi ke premis perniagannya di pusat beli-belah berkenaan untuk mengambil barang yang dijanjikan pelakon itu, sayangnya pemilik perniagaan berkenaan berkata dia langsung tidak mengenali Adam Davin.

Begitulah beberapa cerita yang diceritakan pengurus artis berkenaan kepada Murai Batu tentang betapa liciknya Adam Davin menipu beberapa individu tertentu.

Malah pengurus berkenaan turut berkongsi lokasi kediaman Adam Davis yang menetap di Seri Rampai, Setiawangsa, jika ada sesiapa yang ingin bersemuka dengan pelakon berkenaan.

Murai Batu tak tahu nak cakap macam mana. Malah tidak tahu mana yang betul atau salah. Tapi jika Adam Davin berani menipu Raja Azmi, maka tidak hairanlah jika dia juga berani menipu orang lain. - Murai

Artis : KELUARGA BAHAGIA FAIZAL HUSSIEN

Gambar keluarga bahagia Faizal Hussien yang sememangnya mewarisi kebahagiaan arwah bapanya Hussien Abu Hassan dan Mahyon Ismail. 

Dan sebagaimana bapanya juga, nama Faizal kini terus dihormati sebagai pelakon serba boleh yang memartabatkan industri filem Melayu sejak 1982. -MyArtis

 




 

 

 



Artis : Dato` Fazley Dilantik Duta Institut Kulinari Perancis


Sebuah lagi pencapaian diraih selebriti versatil, Dato' Fazley Yaacob yang kini dilihat menumpukan fokusnya dalam dunia masakan atau secara profesionallnya digelar seni kulinari sebaik sahaja menjadi juara dalam pertandingan realiti masakan MAsterchef Selebriti Malaysia yang pertama.

Kecintaannya dalam bidang masakan telah mendorong jejaka berusia 35 tahun ini untuk mendaftarkan diri di Le Cordon Bleu Institute of Culinary Arts, sekolah masakan terkenal daripada Perancis. Membuka pintunya di Sunway University College, Dato' Fazley telah mendaftar sebaik saja tamatnya program realiti Masterchef Selebriti Malaysia.

Kerana minat dan bakat yang dimiliki penyanyi yang digelar Abang Asmara satu ketika dahulu ini, akhirnya berjaya menempatkan dirinya sebagai pelajar terbaik di antara belasan pelajar lain yang terdiri daripada pelajar-pelajar luar negara.

Menyedari kepakaran serta kapasiti Dato' Fazley sebagai selebriti terkenal, Le Cordon Bleu berbesar hati melantik chef selebriti itu sebagai duta bagi Sunway Le Cordon Bleu Institute of Culinary Arts. Ia bertujuan untuk mengajak lebih ramai mempelajari seni masakan yang ditawarkan institute yang berprestij ini.
"Mereka datang pada saya dan menawarkan untuk menjadi duta bagi sekolah kulinari yang sangat dikenali dan diyakini kualitinya, sebagai peminat dunia masakan yang mengenali nama Le Cordon Bleu sudah pastinya saya amat menghargai pengiktirafan ini.


"Tugas sebagai duta adalah mempromosikan lagi kursus yang satu-satunya ditawarkan di negara dan ia mengambil tempat di Sunway University College. Buat masa ini memang bilangan pelajar sedikit tetapi mereka mahu membuka peluang kepada lebih ramai lagi rakyat Malaysia agar dapat menceburkan diri dalam bidang seni kulinari.

"Sebentar tadi juga pihak Sunway Le Cordon Bleu telah mengumumkan berita baik bahawa pihak kolej menyediakan biasiswa penuh dan separa penuh bagi mereka yang layak. Ianya dibuka kepada rakyat Malaysia dan juga pelajar dari warga asing serta bekas penuntut sekolah ini,"ujar Dato' Fazley ketika ditemui pada majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta untuk Sunway Le Cordon Bleu Institute of Culinary Arts di Sunway University College, Bandar Sunway. - Murai

Wow : 10 Rekaan Pejabat Paling Unik Dan Kreatif Dari Seluruh Dunia


01. Autodesk Office - Milan

02. BASF Office - Chile


03. Foursquare HQ Office - New York


04. Googleplex - California


05. Medina Turgul DBB - Istanbul

06. Red Bull Workspace - Sydney


07. Selgas Cano Architecture Office - Madrid 


08. White Mountain Data Centre - Stockholm 


09. Google's Office - Zurich

10. TBWA - Tokyo

Wow : PEMANDANGAN DARI ATAS UDARA YANG SUPER CANTIK SELURUH DUNIA

Gambar pemandangan yang sangat indah diambil oleh seorang jurugambar bernamaYann Arthus-Bertrand. Koleksi gambar-gambar yang diambil dari udara ini mengambil masa selama 5 tahun untuk dilengkapkan dan merangkumi tempat-tempat menakjubkan dari enam buah benua dari seluruh dunia. 



Tujuan utama jurugambar menghasilkan koleksi hasil karya yang menakjubkan ini adalah untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menghargai keindahan alam semula jadi yang terdapat di bumi kita ini. Memang setiap satu gambar yang diambil adalah sangat unik dan cantik!

Agricultural Landscape Between Ankara and Hattusha, Anatolia, Turkey



Cliffs of Inishmore, Aran Islands, County Galway, Ireland



Worker Resting on Bales of Cotton, Ivory Coast



Sandbank on the Coast of Whitsunday Island, Queensland, Australia

Agricultural Landscape Near Cognac, Charente, France

Confluence of the Rio Uruguay and a Tributary, Misiones Province, Argentina

Cows Grazing in Pantanal, Brazil

Dromedary Caravan Near Nouakchott, Mauritania

Fields of Tulips, Near Amsterdam, Netherlands 

Flock of Scarlet Ibis, Near Pedernales, Amacuro Delta, Venezuela

Ashes of a Tree Near the Gorohoui Kongoli Mountains, Ivory Coast

Grand Prismatic Spring, Yellowstone National Park, US

Greater Flamingos on Lake Naruku, Kenya

Hearts in Voh

Training Arena in the Hippodrome of Maisons-Laffitte, Yvelines, France

Icebergs and an Adelie Penguin, Adelie Land, Antartica

Orchard Among the Wheat, Macedonia, Greece

Patchworks of Carpets in Marrakech, Morocco

Perito Moreno Glacier, Santa Cruz, Argentina

Autumn Forest in the Region of Charlevoix, Quebec, Canada

Icebreaker Louis Saint Laurent in Resolute Bay, Nunavut Territory, Canada

Rubber Tracks on a Recreation Ground near Doha, Qatar 

S
olar Thermal Power Plants in Sanlucar la Mayor

Trees Amid the Waters Near Taponas, Rhone Region, France

Tree of Life, Tsavo National Park, Kenya

Whale off the Valdes Peninsula, Argentina

Yankee Stadium, New York City, US


 
Advertise Now!
Powered by Blogger.

Popular