Advertise Now!

Friday 21 June 2013

WOW : CATCRIB , KATIL GANTUNG UNTUK KUCING

Jika manusia ada hammock. kini kucing ada CatCrib. Ianya katil gantung yang boleh dipasang di bawah kerusi atau meja anda. Kucing neko neko desu anda kini boleh tidur secara malas dan cute like a bawse. Catcrib dijual pada harga USD 29 (RM91) sebuah. Kami tak ada kucing tapi kalau ada memang kami belikan kucing kami CatCrib ini. Why? Kerana kucing yang tidur ialah kucing yang 1000 kali lebih comel! Neko! -PenPatah





WOW : PERTANDINGAN CHEERLEADER DI RUSSIA







Info : 25 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Orgasme Wanita



- 25 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Orgasme Wanita

1. Bukan semua wanita merasa orgasme apabila bersama dengan suami mereka. Bahkan ramai di antara mereka rupa – rupanya berpura – pura mengalami orgasme. Mereka melakukannya kerana perasaan sayang pada suami dan tidak mahu suami rasa kecewa tidak dapat memuaskan isteri sendiri. Jadi, suami di luar sana, dapatkan kepastian dari isteri masing – masing adakah mereka dapat merasa orgasme sebenar atau tidak? Jika ya, bagus. Jika tidak, anda perlu belajar bagaimana hendak memuaskan isteri anda. Orgasme jika di tangguh akan beri perasaan tidak enak pada wanita. Bahkan, ia boleh mengundang banyak penyakit pada wanita itu sendiri.

2. Orgasme terhebat hanya terjadi pada wanita yang bersedia melakukan seks. Bersedia itu bermaksud sedia dari segi mental dan fizikal. Jika salah satunya tidak bersedia, sangat sulit untuk seorang wanita merasai orgasme terhebat melainkan orgasme biasa sahaja. Bersedia dari segi mental bermaksud, fikiran wanita tersebut menumpukan sepenuhnya pada hubungan seks. Bersedia dari segi fizikal pula, seluruh anggota badan memberi respon pada perlakuan seks.

3. Apabila orgasme berlaku pada seorang wanita, perkara pertama yang anda boleh lihat adalah wajah wanita tersebut akan nampak seperti seolah – olah menanggung kesakitan yang amat. Namun, di sebalik wajah tersebut adalah rasa nikmat yang sangat sukar hendak di luahkan kata – kata. Nikmat orgasme adalah sangat nikmat rasa atau perasaan ketika itu adalah di luar jangkauan pemikiran seorang ,manusia.

4. Wanita yang selalu sampai orgasme ketika melakukan hubungan seks akan mempunyai badan yang sihat kerana darah mengalir di seluruh tubuh badan. Orgasme akan melancarkan aliran darah di seluruh badan kerana ia akan meluruskan saluran darah dan memecah halangan yang ada.. Jika orgasme tidak sampai atau tertangguh, darah tidak mengalir ke selutuh tubuh badan dan menyebabkan perasaan tertekan dan angin stress akan menguasai tubuh wanita tersebut.

5. Masa seorang wanita merasai orgasme adalah sekitar satu hingga lima saat atau paling lama adalah tujuh saat. Jadi, apabila anda lihat isteri anda sudah sampai orgasme, anda biarkan isteri anda merasai orgasme tersebut Selepas isteri anda habis merasai orgasme, barulah anda teruskan hubungan seks anda. Isteri anda pasti akan hargai anda jika anda berbuat demikian.

6. Wanita boleh mengalami orgasme berterusan atau multiple orgasm jika dia menerima rasangan berterusan selepas mengalami orgasme pertama. Namun, ia bergantung kepada keinginan wanita itu sendiri. Jika wanita itu mempunyai keinginan yang mengalami orgasme teramat tinggi, ia akan membantu wanita itu untuk alami multiple orgasm. Multiple orgasm adalah lebih nikmat dari orgasme sekali sahaja.

7. Wanita boleh alami orgasme dengan rangsangan berterusan di bahagian clitoris kerana di sana terletaknya sel – sel ghairah yang sensitif pada sentuhan. Ini bermakna wanita boleh masturbate atau merangsang dirinya sendiri jika ingin rasa orgasme. Rangsangan terhadap clitoris juga banyak di lakukan wanita ketika melakukan hubungan seks dengan suami mereka apabila mereka sedar rangsangan yang di berikan suami mereka tidak cukup untuk mereka rasa ghairah sehingga rasa orgasme. Jadi, kesimpulannya rangsangan di bahagian klitoris boleh membantu seorang wanita untuk rasa orgasme.

8. Selain di bahagian klitoris, wanita turut boleh alami orgasme jika mereka di rangsang di bahagian yang mempunyai titik sentuhan seksual seperti di payudara, bawah ketiak, bahagian dalam peha, luar dalam vagina, dan di mulut. Namun, rangsangan yang anda beri perlulah di sertai perasaan ghairah yang amat mendalam supaya rasa hendak orgasme boleh di capai.

9. Orgasme terjadi apabila darah mengalir begitu deras ke seluruh tubuh badan sehingga menyebabkan seluruh otot anggota seksual di seluruh badan mengalami kontraksi yang hebat. Orgasme biasa akan alami tiga hingga lima kali kontraksi manakala orgasme yang hebat akan menyebabkan kontraksi berlaku dari 10 hingga 15 kali. Ketika berlaku orgasme juga biasanya wanita akan melayan perasaan dari berkata – kata atau berhubung dengan pasangannya kerana ia berada di dalam dunia yang berbeza.

10. Orgasme bermula dengan rangsangan seksual yang di peroleh oleh seorang wanita. Apabila wanita menerima sentuhan, wanita yang memberi respon pada sentuhan tersebut iaitu rasa suka apabila di sentuh akan menyebabkan fikiran bertindak balas. Fikiran akan mula rasa ghairah dan ingin terus ghairah. Oleh sebab fikiran wanita tersebut mahu terus rasa ghairah, badan wanita tersebut akan bertindak balas. Begitulah aturannya sehingga orgasme terhasil di mana rangsangan yang di terima adalah menghampiri maksimum dan orgasme adalah kemuncak perasaan ghairah.

11. Orgasme yang sihat akan membesarkan bahagian seksual seperti payu dara dan pinggul. Sebab itu, anda dapat lihat isteri yang sudah lama berkahwin mempunyai tubuh yang sensual berbanding wanita yang belum berkahwin iaitu anak dara. Jika seorang isteri pandai menjaga dirinya iaitu tidak terlalu gemuk dan dalam masa yang sama mempunyai hubungan seks yang sihat dengan suaminya, dia akan memiliki tubuh yang seksi. Selain itu, orgasme juga akan memberi aura awet muda pada seorang wanita.

12. Orgasme yang di alami oleh wanita akan lebih terasa nikmatnya jika vagina mereka mengepit sesuatau yang keras iaitu zakar yang keras. Apabila mereka alami orgasme ketika vagina mengepit sesuatu yang keras, mereka akan rasa tersangat nikmat. Biasanya wanita akan menggerakkan pinggulnya untuk merasai variasi rasa orgasme atau menghentikan pergerakan pinggul sambil mengepit dengan lebih kuat menggunakan otot di bahagian dalam vagina.

13. Orgasme adalah perasaaan untuk wanita yang suka pada seks sahaja. Wanita yang tidak suka pada hubungan seks tidak mungkin akan rasa orgasme ketika melakukan hubungan seks. Oleh itu, jika seorang wanita mengalami masalah untuk rasa orgasme, dia perlu terlebih dahulu belajar bagaimana hendak suka pada hubungan seks. Apabila fikiran dia suka pada hubungan seks, fikirannya akan mula mencari cara hendak rasai ketegangan seksual iaitu orgasme ketika melakukan hubungan seks.

14. Orgasme yang berlaku di luar kawalan adalah lebih nikmat berbanding orgasme yang berlaku di dalam kawalan. Sebagai wanita, anda tidak perlu mengawal orgasme anda kerana anda biasanya ada tenaga untuk rasa orgasme berturut – turut dalam satu hubungan seks. Hanya suami atau lelaki yang perlu mengawal orgasme mereka supaya mereka tidak pancut lebih awal dari seorang wanita alami orgasme ketika melakukan hubungan seks.

15. Orgasme juga bermaksud melepaskan segala ketegangan negatif. Ini bermakna, orgasme boleh membantu seseorang untuk atasi perasaan tekanannya dan melepaskan segala aura negatif di dalam diri. Oleh itu, isteri yang sentiasa alami orgasme penuh ketika melakukan hubungan seks dengan suami akan memiliki keluarga yang bahagia kerana fikirannya susah di pengaruhi sangkaan – sangkaan negatif.

16. Jika orgasme berlaku dalam keadaan ketegangan seksual yang sangat tinggi, wanita tersebut mungkin akan alami ejakulasi. Ejakulasi adalah pengeluaran cecair dari bahagian uretra di mana cecair tersebut memancut keluar. Ia keluar kerana hasil kontraksi yang dia alami di otot vagina. Walau bagaimanapun, ejakulasi bukanlah sesuatu yang teruk kerana ia menambah nikmat ketika seorang wanita alami orgasme.

17. Seks yang di penuhi dengan rasa kasih sayang akan memberi wanita perasaan orgasme yang tidak ternilai. Seks yang di lakukan ketika perasaan marah pula hanya akan beri wanita perasaan orgasme yang biasa sahaja kerana ia di lakukan kerana nafsu. Nafsu dan perasaan perlu selari, barulah orgasme boleh muncul. Ramai yang salah anggap zina adalah sesuatu nikmat. Padahal, persetubuhan selepas berkahwin iaitu di sertai rasa cinta dan kasih sayang akan beri orgasme yang hebat pada wanita. Lagi hebat orgasme yang di rasai seorang wanita, lagi hebat nikmat seks yang di rasai seorang lelaki.

18. Jika seorang suami mahu berikan rasa orgasme yang hebat pada isterinya, suami tersebut perlu segera lakukan hubungan seks apabila isterinya begitu ghairah untuk lakukannya. Jika isteri anda mengajak anda untuk lakukan hubungan seks, itu bermakna dia mempunyai ghairah untuk lakukannya. Jadi, anda jangan tangguh – tangguh dan segerakan hubungan seks tersebut. Isteri anda pasti akan alami orgasme dengan cepat dan hebat. Ghairah dari sang isteri adalah kunci pada ketegangan seksualnya sendiri. Oleh itu, jika si lelaki ingin beri orgasme yang hebat pada isterinya, dia perlu terlebih dahulu membangkitkan ghairah isterinya.

19. Wanita yang berpengalaman melakukan hubungan seks akan rasa detik atau rasa orgasme yang lebih nikmat dari mereka yang tidak biasa melakukan hubungan seks. Ini kerana fizikal dan mental mereka seperti tahu apa yang hendak di lakukan untuk merasai nikmat orgasme yang lebih dari sebelumnya. Malah, wanita yang berpengalaman biasanya akan mengejar orgasme pertama dengan cepat kerana mereka tahu orgasme kedua dan ketiga akan jadi lebih nikmat.

20. Jika anda ada masalah kekurangan cecair yang di keluarkan vagina ketika melakukan hubungan seks, anda perlu berjumpa dengan doktor dan mencari penyelesaian dengan segera. Ini kerana, kekurangan cecair di dalam vagina ketika melakukan hubungan seks akan menyebabkan anda hilang fokus untuk merasai orgasme tetapi lebih fokus terhadap rasa sakit akibat geseran vagina dan zakar tanpa pelincir.

21. Jika rasa orgasme yang di alami seorang wanita merupakan rasa yang baru iaitu rasa yang belum pernah di rasai pada hubungan seks yang sebelumnya, tubuhnya akan kaku selama satu saat paling kurang. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk merakam keadaan tersebut. Jika tubuh anda tidak kaku, itu bermakna orgasme yang anda alami itu adalah sama dengan orgasme yang anda alami pada sebelum – sebelumnya.

22. Wanita yang mengandung lebih senang untuk merasai orgasme berbanding wanita yang tidak mengandung. Ini kerana sel – sel seksual lebih sensitif dari sebelumnya. Namun, dari segi nikmat orgasme, ia bergantung kepada mood wanita tersebut. Ramai wanita tidak alami rasa orgasme yang sepatutnya kerana fikiran mereka di penuhi rasa takut kandungan mereka akan alami kesan kerana hubungan seks. Padahal kandungan bayi di lindungi dan selagi anda tidak lakukan seks dengan terlalu agresif, bayi anda pasti tidak akan apa – apa.

23. Hanya wanita itu sendiri boleh huraikan perasaannya ketika mengalami orgasme. Ini kerana orgasme adalah rasa ketegangan seks pada puncak tertinggi dan cara seorang wanita berfikir ketegangan seks adalah berbeza.

24. Apabila hubungan seks di lakukan darah akan terkumpul di bahagian seksual badan seperti pinggul, vagina, peha di bahagian dalam, payudara, bibir dan lain – lain. Apabila orgasme berlaku, darah yang terkumpul ini akan mengalir ke seluruh badan dan seterusnya akan memberi perasaan lega atau puas pada wanita tersebut. Sekiranya orgasme tidak sampai, darah akan terkumpul di bahagian – bahagian tersebut dan akan menyebabkan wanita rasa rungsing atau susah hati.

25. Selepas alami orgasme, gelora seks biasanya akan turut hilang. Oleh itu apabila suami menyentuh bahagian vagina, payudara dan bahagian seksual yang lain, wanita tersebut tidak akan rasa apa – apa melainkan rasa terganggu. Jadi, suami perlu bijak dan kembali merangsang kemahuan si isteri untuk terus lakukan hubungan seks. Apabila gelora seks mula menguasai fikiran isteri, barulah hubungan seks akan jadi lebih nikmat. – Kuat Batin

Tuesday 11 June 2013

Cerita : Kisah Polis Wanita Inggeris Jatuh Cinta Pada Islam

polis inggeris

Jika Allah memberikan hidayah kepada hamba yang dikehendakiNya, tak seorang pun kuasa mencegahnya. Dan jalan hidayah Allah boleh melalui apa saja, termasuk hal yang tak diduga sebelumnya. Seorang polis wanita Inggeris bernama Jayne Kemp adalah salah seorang wanita yang merengkuh hidayah Allah dengan cara yang tak pernah ia sangka.

Ceritanya bermula saat ia bertemu kes kekerasan rumah tangga seorang wanita di Eccles, Salford. Ia berupaya membantu wanita yang datang ke pejabatnya itu.“Saat itu saya tidak sedang mencari agama apapun, tetapi setiap pertanyaan yang saya jawab tentang Islam, Saya hanya boleh menjawab lima lebih lah,” kata Jayne Kemp dikutip dari Manchester Evening News.Untuk membantu wanita itu, Jayne perlu mengetahui solusi Islam untuk kes seperti itu. Polis berusia 28 tahun itu kemudian berdiskusi dengan Muslim yang ia temukan di Twitter.

Tak cukup di dunia maya, Jayne semakin tertarik untuk mengetahui lebih jauh tentang Islam.
“Di tempat saya bekerja di Eccles, di sana ada sebuah masjid besar dan populasi Muslim yang besar, jadi Saya pikir Saya harus mencari lebih banyak tentang ini,” ujarnya.                                                                             

“Saya rasa Saya jatuh cinta dengan Islam.”

Hari demi hari yang dilalui Jayne dengan pengetahuan barunya mengenai Islam semakin membuat polisi wanita itu menyukai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad itu.
Jayne menemukan ternyata Islam mengajarkan nilai-nilai luhur seperti berbuat baik kepada tetangga, menghormati orang-orang tua, dan menyayangi yang lebih muda.
Jayne, yang semula selalu mendengar isu negatif tentang Islam, bahwa wanita dalam Islam itu teraniaya, menemukan fakta berbeda. Ternyata semua itu salah. Islam sangat memuliakan wanita.

Kecintaan Jayne kepada Islam mengantarkannya untuk berikrar Syahadat pada April 2012 dan mengubah namanya menjadi Aminah. Ia pun kini telah menjadi seorang muslimah yang berjilbab.
Keislaman Jayne diterima oleh keluarga dan rekan-rekan kerjanya. Namun, ia juga tidak akan memaksa kedua anaknya untuk masuk Islam, sebagaimana memang tidak ada paksaan untuk masuk agama Islam.


Info : 15 Soal Jawab Orang Kafir Yang Persoalkan Kebenaran Islam

quran

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.

Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.
5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?
Firman Allah swt : “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.

6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’?

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?
Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.
9) Sami Buddha menjawab “Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar”
Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

10) Sami Buddha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”
Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.

11) Sami Buddha berkata lagi, “Makan binatang akan dapat banyak penyakit”
Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!
14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.
(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

Sumber: szlihin

Monday 10 June 2013

Info : Penjara Paling Cantik Didunia

Penjara Halden di Norway ini dikatakan sebagai penjara termoden di Eropah (bermaksud mungkin yang termoden di dunia). Fasilitinya pula lebih moden dan indah berbanding sesetengah universiti di Malaysia.
 
Penjara ini menempatkan kira-kira 125 banduan dan menelan belanja kira-kira $230 juta. Antara mereka ada yang disabitkan kesalahan membunuh, merogol, mengedar dadah dan lain-lain jenayah. Tapi tidak seperti penjara di negara-negara lain yang menghukum penjenayah, penjara ini bertujuan untuk mengajar mereka menjadi manusia yang lebih baik. Di penjara ini bilik disediakan untuk banduan yang dilengkapi dengan bilik air, peti sejuk dan tv flat screen. Tingkapnya pula tidak dipasang dengan jeriji besi. Di persekitaran penjara yang berkeluasan 75 ekar ini pula, pokok-pokok ditanam untuk mengurangkan perasaan dikurung pada banduan dan disediakan laluan untuk berjogging. 

Penjara Paling Cantik Didunia
Penjara Paling Cantik Didunia
Banduan pula bebas untuk melakukan aktiviti seperti bercucuk tanam, membela ternakan, barbecue, menyediakan makan malam sendiri (mereka dibenarkan menggunakan pisau), memotong kayu, menunggang kuda dan bermacam-macam lagi. Walaupun kawalan security adalah yang terbaik, namun ianya dijalankan dalam keadaan sembunyi untuk membentuk perasaan komuniti kepada banduan. Tidak seperti pengawal penjara yang pain in the ass seperti dalam cerita Prison Break, hubungan antara mereka dan banduan dibentuk kuat. Pengawal penjara tidak membawa pistol, memanggil banduan dengan nama pertama, dan juga bersukan dan makan bersama banduan.
 
Mungkin ada yang berpendapat dengan wujudnya penjara seperti ini, orang ramai tidak akan kisah jika ditangkap apabila melakukan jenayah, kerana sekurang-kurangnya penjara yang disediakan mungkin lebih baik berbanding sesetengah rumah mereka. Jadi adakah penjara di Norway ini berkesan untuk mengurangkan kadar jenayah dan melindungi keselamatan orang awam?
 
Well, statistik tidak berbohong. Hanya 20% banduan yang dibebaskan melakukan jenayah semula dan 80% lagi keluar untuk menjalani kehidupan normal dan menjadi manusia yang lebih baik, berbanding kira-kira 50 hingga 60% banduan di UK dan US yang melakukan kesalahan jenayah semula. Dan Norway juga mencatatkan kadar jenayah antara yang terendah di seluruh dunia.
Penjara Paling Cantik Didunia
Penjara Paling Cantik Didunia
Penjara Paling Cantik Didunia
Penjara Paling Cantik Didunia
Penjara Paling Cantik Didunia
Penjara Paling Cantik Didunia
Penjara Paling Cantik Didunia
Penjara Paling Cantik Didunia
Penjara Paling Cantik Didunia
Penjara Paling Cantik Didunia

Cerita : Kisah Wang RM100 Dan RM1 Yang Sangat Terkesan Apabila Membacanya

Kisah Pengajaran, Tauladan

ama-sama terbuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Ketika mereka keluar maka berpisah dari Bank dan beredar di masyarakat.
4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yg RM100 bertanya kpd RM1.00, “Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?” RM1.00 menjawab, “Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis” Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd RM100, “Knp kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?” Dijawabnya, “Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet”
Lalu RM1.00 bertanya lg, “Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?” Dijawablah, “tidak pernah” RM 1.00 pun berkata lg, “Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kpd TUHAN. Aku tdk dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat”
Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tdk begitu bermanfaat selama ini. Jd janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!!
Renung-renungkanlah.. Fikir-fikirkanlah..

Cerita : Kisah Banduan Yang Menyayat Hati

banduan

Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.
Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan dikatil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.

Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: “Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya,berikan kepuasan.
Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang..”
Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, “Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni gay dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan bodylotion? Saya jawab di bilik mandi. Saya rasa dia ingin melakukan hubungan seks dengan abang, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan… Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga..”

Wow : Kisah Benar 7 Pengalaman Pencuri Kain Kafan Di Kubur

kisah benar

Assalamualaikum semua..
Kisah benar ini adalah sekadar peringatan kepada saya dan pembaca semua agar segera bertaubat kerana Hari Kiamat semakin hampir. Lambat laun kita akan menghadapi hari kematian jua.
Dikongsikan kisah teladan tujuh perkara ganjil yang dialami oleh seorang pemuda ini untuk renungan bersama.
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t.
kisah benar
Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
” Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu. ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.” ” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
” Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
” Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu. ” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
” Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,” ” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
” Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepada Nya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.
Wallahua’lam.
Kisah benar ini dipetik dari laman Kisah Emas Putih
- See more at: http://fuh.my/kisah-benar-7-pengalaman-pencuri-kain-kafan-di-kubur/#sthash.yvEOAfHX.dpuf

Serius : Kisah Sejarah Ainul Mardhiah (Bidadari Syurga)

Gambar sekadar hiasan

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74

‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.

iba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab eh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan nikmat-nikmat di syurga Allah.-blogammar

Wow : Kisah Benar – Awak Hanya Ada 1 Hari Sahaja Untuk Hidup

kisah benar

Apa yang diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar) berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati.
Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.
Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi. Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di sebatang jalan raya.
Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi. Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.
Sewaktu beliau koma, beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.
Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya.
Beliau agak kebingungan ketika itu. Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu.
Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.
Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya.
Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah.
Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini.
Apa yang akan terjadi padanya kini? Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.
Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu.
Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan?
Jawab Malaikat “Ya:.
Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya….
Kemudian….secara tiba2 apabila masa tinggal kurang dari setengah minit, malaikat makin menghampirinya dan berkata,
Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian
Sahabat saya bertanya, “siapakah orang-orang itu?”
Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda.
Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan.
Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda.
Doa ikhlas mereka diterima Allah swt.
Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang sahabat saya tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.
Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya.
Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.
Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua.
Apa yang disesalkan:
1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja.
Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doa mereka amat ikhlas.
2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya walau pun dia akan mati
3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa2 mereka tidak ikhlas.
4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan
5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah ada sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.
7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.
8. Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.
9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.
Sahabat : Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini.
Ambillah iktibar dari kisah benar ini.
Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.
Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga. Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka. Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan.
Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri.
Selalulah memberi.-Fuh.My



Semasa : Kisah Menarik Wanita Kristian Bertudung Yang Berbicara Tentang Islam

kisah menarik

Sebenarnya ada banyak kisah menarik dan pelik di dunia ini, termasuk kisah yang ingin Dr Fuh kongsikan ini. Di kala banyak muslimah enggan untuk menutup auratnya dengan memakai tudung apalagi berbicara tentang Islam, berbeza pula dengan seorang wanita Amerika satu ini, walaupun masih beragama Kristian tetapi beliau lebih suka memakai tudung dan berani berbicara tentang Islam.
Terlepas dari kenyataan bahawa ia masih seorang Kristian ketika merakam wawancara ini, si wanita Amerika dengan sukarela dan lebih suka memakai tudung. Dan Alhamdulillah, dia akhirnya masuk Islam beberapa bulan kemudian. Beliau memberikan pandangannya (tidak disebutkan siapa nama wanita Amerika ini) tentang Islam dalam keadaan dirinya masih Kristian walaupun telah memakai tudung:
“Saya sudah tertarik dengan Islam dalam sebahagian besar hidup saya, dan saya sudah mempelajari tentang hal itu. Saya juga banyak tahu dasar-dasar tentang agama selama bertahun-tahun. Kemudian ketika insiden 9/11 terjadi saya mendapat banyak maklumat propaganda, dan setelah berbagai kejadian tersebut saya mula belajar tentang Islam, dan saya akhirnya mencari, meskipun fakta-fakta asas yang telah saya pelajari sebelumnya tentang Islam sebahagian besar adalah benar, namun ada banyak hal yang telah salah diertikan dan salah difahami tentang Islam itu sendiri.
Misalnya, perkara pertama yang saya perhatikan ialah sebenarnya tidak ada paksaan dalam Islam, tidak ada yang memaksa anda masuk ke dalam agama ini, Allah memanggil dan memberikan hidayah kepada mereka yang Dia panggil.
Hal lain yang saya dapati dalam Islam adalah ikatan persaudaraan yang indah dan bagaimana umat Islam saling memelihara satu sama lain. Saya sudah jauh lebih bahagia kerana saya mula melawat masjid dan mengenal banyak saudara perempuan dan menghabiskan masa bersama mereka.
Saya menyukai Islam yang mengajar anda bagaimana bersikap baik satu sama lain, dan bagaimana memelihara satu sama lain. Dalam Kristian, Injil mengatakan, “Bersikaplah baik satu dengan yang lain.” Dalam Islam hal ini lebih jelas, Islam memberitahu anda bagaimana untuk bersikap baik satu sama lain, bagaimana berbuat sopan dan cara memelihara satu sama lain.
Islam adalah jalan yang penuh kedamaian dalam hidup, menginginkan agar orang menjalani kehidupan yang baik dalam keluarga mereka sebagai suami isteri, dan dalam masyarakat. Dan saya mencari Islam yang saya asosiasikan jauh lebih soleh daripada apa yang pernah saya alami dalam agama Kristian, dan saya sudah sangat banyak pengalaman tentang agama Kristian selama bertahun-tahun.
Konsep lain yang begitu indah dalam Islam adalah konsep Syura. Ketika ada masalah yang akan dibincangkan, pemimpin mendengar dari semua orang. Dan saya pernah melihat ini dalam tindakan yang nyata. Hal ini dipraktikkan dalam keluarga, dan juga dipraktikkan dalam pemerintahan. Mereka mendengar dari semua orang, bahkan dari anak kecil, dan semuanya dipertimbangkan, kemudian ada keputusan berdasarkan apa yang terbaik. Ketika keputusan dibuat, masyarakat dianjurkan untuk mengikuti keputusan itu, apakah mereka setuju atau tidak,
Berbicara bagaimana Wanita dalam Islam, wanita Amerika ini menyatakan:
Saya fikir itu sangat indah. Saya percaya perempuan sangat dihormati dalam Islam. Saya sangat suka mengenakan tudung, saya merasa istimewa, saya merasa dilindungi, saya merasa bahawa saya tidak harus mempamerkan segala sesuatu dari tubuh saya untuk semua orang, ini membantu saya menjadi peribadi seutuhnya.
Dalam Islam, saya merasa saya diterima sebagai seorang wanita, dan dihormati sebagai seorang perempuan. Saya merasa bahawa saya tidak harus berjuang untuk cuba menjadi sama dan cuba untuk menjadi seperti seorang lelaki, seperti yang saya rasakan di dalam masyarakat Amerika.
Wallahu Alam-Fuh.My

 
Advertise Now!
Powered by Blogger.

Popular