Advertise Now!

Saturday 27 July 2013

Semasa : Penggodam Komputer Terkenal Meninggal Dunia

Barnaby Jack


BOSTON – Seorang penggodam komputer terkenal yang berjaya membuatkan mesin pengeluaran wang ATM mengeluarkan wang tunai, Barnaby Jack ditemui mati di sebuah pangsapuri di San Francisco seminggu sebelum dia dijadual menyampaikan ceramah pada satu persidangan penggodaman komputer.
Pejabat Pemeriksaan Perubatan San Francisco menyatakan pihaknya sedang menjalankan autopsi untuk mengenal pasti punca kematian Jack.
Jack, 35, yang dilahirkan di New Zealand merupakan penggodam ‘white hat’ paling popular. Penggodam ‘white hat’ ialah mereka yang menggunakan kepakaran untuk mencari kelemahan sistem keselamatan komputer sebelum penjenayah mengekspoitasinya.
Kepakaran Jack adalah mencari kelemahan sistem komputer yang dipasang pada peralatan perubatan dan mesin pengeluaran wang tunai.
Jack dijadual membuat demonstrasi menggodam alat perentak dan defibrilator jantung pada persidangan penggodam Black Hat di Last Vegas Khamis depan.
Dia menjadi penggodam paling popular di dunia selepas melakukan demonstrasi Jackpotting pada tahun 2010 yang membuatkan mesin wang ATM mengeluarkan wang tunai. Klip video persembahannya telah ditonton sebanyak 2.6 juta kali di laman YouTube. – Reuters

Semasa : Umno Sokong Usaha Banteras Syiah

Datuk Rosnah Rashid Shirlin.


SHAH ALAM – Siapa sahaja yang terlibat dengan penyebaran fahaman Syiah, tidak kira daripada parti pemerintah atau pembangkang, perlu dihalang dan dikenakan tindakan, kata Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rashid Shirlin.
“Isu Syiah sangat serius kerana ia melibatkan soal pegangan dan akidah. Amalan Syiah sangat bertentangan dengan ajaran Islam.
“Apatah lagi (jika) ia melibatkan pemimpin yang berpengaruh. Ttindakan segera perlu diambil,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu, termasuk pemimpin politik dan pertubuhan, yang mengamalkan ajaran Syiah.
Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, isu penyebaran fahaman Syiah ini di luar ideologi politik dan memberi kesan mendalam terhadap keseimbangan umat Islam di negara ini.
“Mungkin ada pemimpin politik yang berselindung. Perkara itu (bahawa mereka terlibat) sukar dibuktikan.
“Mungkin kita boleh menuduh seseorang itu Syiah, tetapi mereka bijak menyembunyikannya tindak tanduk mereka,” katanya.
Reezal melihat keperluan siasatan dan risikan dilakukan secara mendalam sebagai langkah mengatasi masalah ini di peringkat akar umbi. - Sinar Harian Online

Semasa : Justin Bieber Meludah Dari Balkoni

Justin Bieber


MELUDAH merata-rata sudah menjadi amalan biasa buat penyanyi muda Justin Bieber. Pernah dituduh meludah seorang DJ di sebuah kelab malam, kini dia sekali lagi membuat perangai tidak bermoral itu.
Menurut laporan TMZ, Justin telah meludah dari balkoni sebuah hotel di Toronto pada Khamis lalu.
Tidak jelas siapa sasaran pelantun lagu Boyfriend itu, namun berkemungkinan besar sejumlah peminat sedang melihat Justin dari bawah.
Bintang berusia 19 tahun itu juga sempat mengambil video suasana bawah hotel yang dipenuhi peminat-peminatnya. Dan berkemungkinan besar ludahnya mungkin terkena pada salah seorang daripada mereka.
Masalah kelakuan Justin yang suka meludah di khalayak menjadi bualan. Selepas meludahi seorang DJ, penyanyi Kanada itu turut dikhabarkan meludahi salah seorang jirannya yang membuat aduan kepada pihak berkuasa mengenai perikalu tidak sopan Justin di sekitar perumahan jiran. - mStar Online

Semasa : “Arkitek” Scorpene Mula Berbicara!

“Arkitek” Scorpene Mula Berbicara!

Temuramah Muka Hadapan Akhbar New Straits Times (NST) – Terbit 27 Julai (Sabtu)
Dalam satu temubual bersama Haris Hussain, arkitek pembelian Kapal Selam Scorpene,Jasbir Singh Chahl buat pertama kalinya membuka mulut berkenaan perjanjian yang kononnya penuh kontroversi itu. Di sini, Jasbir Singh Chahl, menyanggah tuduhan Suaram sekaligus memadamkan kaitan antara mendiang Altantuya dan isu pembelian kapal selam Scorpene.
Menyanggah Cerita Dongeng.
Pada tahun 1984, seorang ejen insuran dari Baltimore, Maryland, telah menerbitkan sebuah buku novel fiksyen berkenaan seorang komander kapal selam Russia yang ingin belot kepada negaranya dan memihak kepada Amerika Syarikat. Cerita tersebut memaparkan bahawa kapal selam Russia itu merupakan kapal nuklear tercanggih pada zamannya.
“The Hunt For Red October” judul cerita fiksyen tersebut adalah “kononnya” diinspirasikan oleh kejadian sebenar yang berlaku pada tahun 1975 di atas kapal pemusnah Russia Storozhevoy dan menjadi novel pertama Tom Clancy di peringkat antarabangsa. Presiden Ronald Reagan pada ketika itu menggelarkannya sebagai sebuah cerita dongeng yang hebat.
Di Malaysia pula, kisah kapal selam juga merupakan dongengan yang sering diputarkan oleh beberapa pihak.
Pada tahun 2010, Suara Hak Asasi Manusia (Suaram) telah menfailkan tuduhan di mahkamah Perancis, menyatakan bahawa firma perniagaan Perancis yang bernama DCNS telah membayar RM452 juta sebagai rasuah kepada pegawai kerajaan Malaysia untuk mendapatkan satu kontrak. Tuduhan ini telah menjadi salah satu rentetan tuduhan melampau berkenaan isu Scorpene sehingga melibatkan beberapa pihak yang pada logiknya tidak ada kene mengena dengan hal tersebut.
selam 2 resize
Bertahun sudah berlalu dan satu jaringan teori konspirasi telah dianyam dan akhirnya kaitan berkenaan perjanjian jual beli kapal selam itu dan Altantuya telah dikaitkan hanya melalui teori. Oleh itu, jangan terkejut sekiranya cerita teori konspirasi ini sealiran dengan mana-mana filem Hollywood. Ini kerana dek penangan pemikir-pemikir tertentu berkenaan teori Altantuya dan Scorpene, maka timbullah cerita berkenaan korupsi, penipuan, seks dan pembunuhan.
April lalu, satu laporan daripada media arus perdana Sepanyol dan Perancis telah mempersoalkan tindakan taksub dan gila Suaram berkenaan kes tersebut, sehingga media mereka menyifatkan sistem mahkamah Perancis telah dipermain-mainkan oleh Suaram dan konco-konco mereka. Jumaat lepas, Suaram telah mengadakan aktiviti mengutip derma, lantas fitnah dan tuduhan baru pula dilemparkan kepada Kerajaan Malaysia.
Selepas beberapa bulan mencuba, akhbar New Straits Times telah berjaya mendapat satu temubual dengan seorang individu yang menjadi penggerak kepada perjanjian Scorpene ini. Bukan mudah untuk mendapat peluang menemubual individu tersebut. Temubual bersama Jasbir Singh Chahl ini diharap dapat membuka mata seluruh rakyat Malaysia untuk mengetahui tentang kebenaran isu Scorpene.
Sebelum perjumpaan itu dilakukan, Chahl telah menolak untuk membuat apa-apa kenyataan berkenaan kes ini, beliau bimbang akan dikenakan tindakan menghina mahkamah.
Sepanjang ini, beliau telah berhubungan dengan pihak penguatkuasa Perancis dan para penyiasat di mana beliau mempunyai bukti untuk setiap kenyataan yang dikeluarkannya.
Semasa berkunjung ke rumah beliau, yang terletak ditengah-tengah Kuala Lumpur, lelaki yang dibesarkan dengan pendidikan Inggeris ini terhenti seketika semasa menyusun cawan-cawan teh yang berada di depannya dan berkata “Saya berani bersumpah di bawah buku suci Guru Granth Sahib, yang saya tidak tahu dan tidak kenal perempuan tersebut, dan dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan kami, saya tidak pernah melihat dia dan dia tidak berada di Perancis pada masa itu, iaitu semasa kami sedang berusaha untuk mendapatkan perjanjian terbaik untuk Malaysia. Saya hanya tahu berkenaan beliau apabila surat khabar menyiarkan berita bahawa mayat beliau telah dijumpai”.
Salah satu daripada cerita dongeng yang telah dijaja dan diterima oleh sebahagian rakyat Malaysia ialah cerita kononnya Altantuya adalah seorang penterjemah kepada Abdul Razak Baginda yang juga telah membantu Chahl untuk mendapatkan projek tersebut.
Perbincangan bermula pada tahun 2000 dan persetujuan telah berjaya dicapai pada tahun 2002. Jikalau benar Altantuya adalah penterjemah Razak Baginda, maka beliau sepatutnya hadir dalam semua mesyuarat sejak tahun 2000.
Akan tetapi, di dalam dokumen rasmi kerajaan Perancis yang telah diberikan kepada New Straits Times, Polis Perancis telah menyatakan bahawa Altantuya tidak pernah datang ke Perancis dari tahun 1999 hingga 2006. Sedangkan sebahagian perjumpaan berkenaan Scorpene telah diadakan di Perancis dan sebahagiannya di Malaysia.
Semua dokumen untuk perjanjian adalah dalam Bahasa Inggeris, “Ini bukanlah sesuatu yang saya katakan, tetapi ia adalah yang dikatakan oleh pihak berkuasa Perancis, polis Perancis dan badan siasatan kehakiman Perancis ,”.
Mengikut keterangan yang dibuat oleh Razak Baginda di dalam mahkamah, beliau hanya berjumpa dengan Altantuya pada lewat tahun 2004. Perjanjian Scorpene telah dirumuskan pada tahun 2002.
Satu lagi tuduhan yang dibuat oleh pro-pembangkang adalah disebabkan oleh pemahaman terhadap Gallic dan cara perlaksanaan syarikat Perancis DCNS menjalankan perniagaan mereka di seluruh dunia.
Pihak pro-pembangkang menyatakan kononnya kerana DCNS adalah syarikat Perancis, maka perjanjian yang diadakan mesti dilakukan dalam bahasa Perancis. Sedangkan di dalam bidang perniagaan pertahanan, Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perantara.
Tambahan dengan itu, pasukan Perancis diketuai oleh seorang lelaki Inggeris yang bernama Martin Hill yang juga fasih berbahasa Perancis. Sekiranya, pasukan mereka memerlukan penterjemah, mereka tidak perlu.
“Ini semuanya, adalah masalah peribadi antara Razak Baginda dan Altantuya. Apa sahaja isu antara Razak dan Altantuya tiada kaitan dengan perjanjian Scorpene. Adalah malang untuk kita semua, hal yang berlaku antara mereka berdua dikaitkan dengan perjanjian kapal selam tersebut. Razak Baginda merupakan satu-satunya perkara yang mengaitkan kedua-dua isu tersebut. Walaupun pada asasnya hal Altantuya adalah hal peribadi Razak dan bukannya orang lain”.
Siapakah Jasbir Singh Chahl?
Jasbir Singh Chahl telah memulakan kerjaya beliau di dalam bidang pertahanan, industri minyak dan gas pada umur yang begitu muda. Semasa beliau berumur 20an beliau telah bekerja di London bersama sebuah firma Timur Tengah yang pakar dalam bidang pertahanan dan pembangunan. Di sana beliau diberikan tugas untuk memastikan perjanjian yang bernilai jutaan dollar berjaya dimeterai.
Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan kontraktor dari Eropah dan di seluruh dunia. Apabila beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1981 beliau amat dikenali di arena korporat Malaysia. Pada tahun 1996 hingga 1998, Chahl bekerja dengan Thomson-CSF International (M) Sdn Bhd, France’s Thomson-CSF (sekarang Thales), Offshore Patrol Vessels (OPV) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia, selain itu beliau juga banyak terlibat di dalam projek berkenaan pertahanan Malaysia.
Hubungan beliau dan Thomson-CSF bertaut semula apabila syarikat tersebut memerlukan kepakaran beliau dalam pembangunan strategik dan maklumat yang boleh digunakan untuk kepentingan Kerajaan Malaysia di dalam beberapa projek pertahanan.
Semasa perbincangan inilah, syarikat tersebut telah mengusulkan untuk memberi fokus kepada penjualan kapal selam di Malaysia. Ini merupakan sesuatu yang syarikat tersebut telah usahakan selama sedekad tetapi mereka tidak berjaya menyaksikan apa-apa perkembangan.  Syarikat tersebut berpendapat bahawa masa yang sesuai merupakan satu perkara yang penting untuk dipertimbangkan. Kesemua pihak termasuk TLDM telah berbincang untuk menganalisa, menilai dan membangunkan cadangan untuk membekalkan kapal selam kepada Malaysia, yang menjadi titik tolak kepada pembelian kapal selam Scorpene.
‘Semuanya telah diaudit’
SATU daripada isu utama di dalam perjanjian kapal selam Scorpene adalah berkaitan dengan perkataan “komisyen”.
Khususnya, 115 juta Euro (RM452 juta) yang telah dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengetuai logistik dan latihan pegawai-pegawai  dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Dan Jasbir Singh Chahl mempunyai masalah besar dengan itu.
“Jumlah itu sebenarnya adalah untuk servis yuran pentadbiran, “ kata Chahl dengan nada geram dan marah.
selam 3 resize
Para pengkritik telah berjaya untuk menjadikannya hujah yang mudah untuk menunjukkan contoh ketamakan tidak terbatas ; bahawa ia telah berjaya ke tahap yang tertentu, dalam melukiskan gambar yang wang telah dibayar ke tangan pegawai-pegawai kerajaan dan syarikat-syarikat sebagai pemudah cara. Perkara ini membuatkan Chahl merasa jelek.
Untuk makluman, Perimekar, iatu sebuah syarikat yang telah diaudit, dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, tabung pencen Tentera Laut, LTAT dan syarikat industri, Boustead di mana kedua-duanya juga telah diaudit.
Yuran tersebut merangkumi pentadbiran projek dan servis-servis integrasi projek, menyelaraskan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia dalam program penyertaan industri, termasuk di dalam penyediaan perkhidmatan semasa fasa pembinaan dan memantau prestasi syarikat yang terlibat. Ia juga membantu kontraktor utama mematuhi semua undang-undang dan tatacara yang berhubungan dengan pemberian kontrak tempatan, menyelaras dan memantau latihan anggota TLDM selaras dengan kontrak utama dan
selaras dengan harapan kerajaan Malaysian dan TLDM. Ini juga termasuk menyediakan laporan bulanan bagi semua perkara di atas.
 
Sebahagian besar daripada yuran tersebut adalah untuk penyediaan penginapan dan semua perkhidmatan yang diperlukan untuk latihan kakitangan TLDM dan keluarga mereka di Brest, Perancis, dan Sepanyol untuk jangkamasa enam tahun, termasuklah premium insurans kesihatan dan elaun harian minima 50 Euro setiap seorang. Kos-kos lain termasuklah kos perjalanan pulang ke Malaysia sebanyak tiga kali setahun. Kesemua 145 anggota TLDM, termasuklah 49 pegawai dan tanggungan mereka dirangkumi oleh yuran ini.
“Kita telah difitnah untuk dilihat sebagai orang yang mengaut keuntungan dan goyang kaki, sedangkan pada hakikatnya, terdapat banyak kerja keras yang telah dilakukan
Untuk makluman, keuntungan Perimekar selepas cukai adalah sebanyak RM105,111,191.
“Tawaran komersial tersebut adalah menarik kerana keunggulan program penyertaan industri yang telah kita hasilkan. Program jualbeli dan “offset” yang kami tawarkan sebagai sebahagian daripada keseluruhan tawaran juga berpihak kepada kita.”
“Berdasarkan kekuatan dan kelebihan komersial cadangan itu, kita tidak perlu untuk melobi sesiapa untuk mempengaruhi proses penilaian komersial. Tidak ada sebab untuk kami berbuat demikian.”
 “Scorpene merupakan kapal selam bukan nuklear terbaik yang telah negara kita pilih”.

Fakta : Keris Disabitkan Dengan Salib – Meroyan Red Bean Army

dap


Mungkin malu atau mungkin yang tinggal kini hanyalah Cybertropers Red Bean yang dibayar gaji murah, maka bahan yang dihasilkan juga semakin hari semakin bodoh.
Namun, dalam bodoh itu, kita tetap juga perlu berhati-hati kerana serangan mereka itu ada potensi untuk mencetuskan suasana huru-hara dan permusuhan antara masyarakat Melayu Islam dengan kaum dan agama lain.
Lihat contoh di atas… tidak semena-mena keris disabitkan dengan ajaran Kristian.
Tujuan pertama rasanya untuk menjatuhkan air muka dan jati diri Melayu dengan senjata yang sinonim dengan mereka pun kononnya direka bangsa lain.
Kedua, untuk mewujudkan kebencian dan curiga antara masyarakat Islam dan bukan Islam terutama masyarakat Kristian.
Apa bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan…. sikit-sikit api yang dinyalakan itu akan berkumpul menjadi api yang besar secara perlahan-lahan.
Inilah yang cuba dilakukan Red Bean Army yang kerap dikaitkan dengan DAP.
Gambar di atas sebenarnya turut disertai penjelasan seperti di bawah;
Bongkar!!!
Asal usul keris ditanah melayu adalah dipengaruhi oleh dakyah kristianisasi. pada awal kurun pemerintahan kerajaan srivijaya II. para mubaligh kristian dari vatikan telah datang ke asia tenggara lalu mereka mimikiran bagaimana untuk menjatuhkan pengaruh hindu yg begitu kuat ditanah melayu. lalu mereka belajar seni budaya melayu hinggalah terciptanye keris yg dibentuk dari salib.
Keris = Christ
**Ah Beng manalah yang kena candu dan berhalusinasi begitu parah sekali semasa menghasilkan grafik batu api ni?
Yang kita tahu, keris berasal dari Kerajaan Majapahit yang berkuasa pada kurun ke 13. Setelah Kerajaan Majapahit jatuh, sebahagian dari pandai besi-pandai besinya berhijrah ke bahagian lain di Tanah Jawa, Kepulauan Sumatra, Kepulauan Sulawesi dan akhirnya ke Tanah Melayu. Keris berkembang sebagai senjata di Tanah Melayu sehinggalah apabila Tanah Melayu dijajah oleh British.
Undang-undang British tidak membenarkan keris dipakai pada badan atau digunakan sebagai senjata dan ia hanya digunakan untuk tujuan adat istiadat sahaja.
Terdapat berbagai jenis keris, bagaimanapun Keris Melayu yang digunakan oleh orang Melayu adalah lazimnya bercirikan jenis keris Majapahit iaitu keris yang asal, berhulukan Jawa Demam dan sampir berbentuk sampan.

Wow : Iklan Raya Bernas Masih Mampu Buat Kita Menangis!

Iklan Raya Bernas Masih Jadi Pilihan


BILA menjelang Aidilfitri, pastinya kita tidak dipisahkan dengan tayangan iklan-iklan korporat yang menyentuh hati.
Umum mengetahui bahawa iklan Aidilfitri yang diterbitkan oleh Petronas, TM, Bernas dan beberapa lagi organisasi sering ditunggu-tunggu.
Walaupun hampir setahun berlalu, iklan korporat Beras Nasional (Bernas) masih lagi menjadi tontonan di laman video, Youtube hingga ke hari ini.
Iklan yang mengisahkan dua orang anak yatim kurang upaya, Ahmad (bisu) dan Fizi (buta) yang ditempatkan di sebuah pusat penjagaan berusaha untuk pulang ke kampung mereka di Segamat untuk berjumpa dengan ibu mereka.
Mungkin disebabkan ramai anak-anak yatim lain balik ke pangkuan keluarga sempena menyambut Aidilfitri, maka dua beradik itu membuat keputusan untuk pulang juga ke kampung pada malam Aidilfitri.
Disebabkan tiket bas dan keretapi telah habis, maka mereka terpaksa memilih untuk menumpang sebuah lori barang yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa India yang menuju ke Segamat.
Setelah tiba di Segamat, pemandu lori tersebut berasa pelik kerana disitu tiada kawasan perumahan kecuali masjid.
Diiringi alunan takbir di pagi raya, mereka berdua hanya bersiap di kawasan masjid sahaja.
Air mata akan mula menitis apabila mereka berdua ke kawasan perkuburan dan rupa-rupanya ibu mereka telah meninggal dunia.
“Ini mak abang. Mak abang, mak adik juga,” jelas Ahmad kepada Fizi yang tidak mampu untuk melihat.
Jauh perjalanan mereka, tetapi hanya mampu berdoa dan memegang batu nisan ketika di pagi Syawal.
Ramai komentator yang masih menonton iklan tersebut menjelang Syawal tahun ini sekaligus melahirkan rasa sedih mereka.
Kami pasti anda juga akan menitiskan air mata.
Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang ini, sama-sama kita meraikannya bersama ibu bapa dan keluarga selagi mereka masih ada.
Bersyukur atas segala kurniaan-Nya dengan penuh keinsafan.
raya1
raya2

Semasa : Jawi Nafi ‘LEPAS’ Finalis Ratu Cantik Bertanding

Jawi Nafi 'LEPAS' Finalis Ratu Cantik Bertanding


KUALA LUMPUR –  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Sabtu menafikan akan memberi kebenaran kepada empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam menyertai semula pertandingan berkenaan seperti dilaporkan sebuah portal tempatan baru-baru ini.
Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata Jawi sehingga kini belum membuat keputusan berhubung isu itu memandangkan ia masih dalam siasatan.
“Perkara ini memang kita tidak boleh terima. Ini hanya spekulasi. Kertas siasatan hanya akan selesai sebelum Hari Raya Aidil Fitri berhubung tindakan selanjutnya terhadap empat peserta itu yang hanya akan dibuat oleh pihak pendakwaan Jawi kepada mahkamah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelepasan konvoi program kembara Dakwah Ramadan ke Rumah Anak-anak Yatim Al-Ihsan, Bentong, Pahang di sini.
Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Razali Shahabudin.
Sebelum ini sebuah portal menyiarkan laporan bahawa Jawi berkemungkinan akan membenarkan penyertaan empat wanita Islam itu berikutan tindakan penganjur pertandingan ratu cantik itu Datuk Anna Lim membuat rayuan kepada Jawi.
Menurut laporan itu Anna Lim memberitahu media bahawa keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013.
Che Mat turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu kerana Jawi belum membuat keputusan rasmi.
Sementara itu, seramai 120 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai acara tahunan anjuran Jakim dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jawi, Pejabat Agama Islam Daerah Bentong dan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi 300KMj.
Mereka bukan sahaja menziarah dan beramah mesra dengan anak-anak yatim, malahan terdapat pelbagai pengisian bersama penghuninya yang telah diatur pihak penganjur, antaranya ceramah, majlis berbuka puasa, solat berjemaah serta penyampaian sumbangan. BERNAMA

Artis : Erra Fazira Akui Sertai Ratu Cantik Dulu Sebab ‘Darah Muda’, Ingin Mencuba

Erra Fazira Akui Sertai Ratu Cantik Dulu Sebab 'Darah Muda', Ingin Mencuba


PETALING JAYA – Penyanyi Erra Fazira menasihatkan gadis beragama Islam di negara ini supaya akur dengan perundangan negara yang melarang mereka daripada meyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013 (MMW2013).
Erra yang merupakan peserta beragama Islam terakhir menyertai pertandingan ratu cantik tersebut pada 1992 berkata, dia percaya undang-undang dan peraturan yang dikuat-kuasakan itu bertujuan melindungi maruah wanita Islam.
“Ketika menyertai pertandingan berkenaan, saya juga berdarah muda yang ingin mencuba sesuatu yang baharu tanpa berfikir kesannya jangka panjang.
“Tambah pula waktu itu, undang-undang tidak diperketatkan lagi, jadi saya pun sertainya atas kemahuan sendiri.
Empat gadis Islam yang telah dibatalkan penyertaan menyertai pertandingan akhir MMW2013.
“Tetapi apabila pertandingan itu melarang gadis Islam untuk menyertainya, kita terpaksa akur. Siapalah kita untuk melawan undang-undang,” katanya.
Tambah Erra, ketika ini terdapat banyak saluran lain yang membolehkan penyertaan gadis beragama Islam menyertai pertandingan seumpama itu dengan garis panduan yang dibenarkan.
Erra diminta mengulas mengenai pembatalan penyertaan empat peserta akhir pertandingan MMW2013 yang beragama Islam pada Selasa lalu.
Empat yang berkenaan ialah Sara Amelia Muhammad Bernard, 20, Wafa Johanna De Korte, 19, Miera Sheikh, 19 dan Kathrina Ridzuan, 20.
Keempat-empat gadis berkenaan bagaimanapun mempertikai larangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan tersebut.
Fatwa mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik yang diwartakan pada 8 Februari 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam.
Sementara itu, Erra berpendapat, penganjur pertandingan ratu cantik antarabangsa dapat memberi kelonggaran terutamanya dari segi pemakaian membabitkan wanita Islam.
“Mungkin sudah tiba masanya masyarakat luar melihat wanita Islam dalam perspektif yang berbeza dengan melonggarkan syarat-syarat penyertaan terutamanya daripada segi pemakaian.
“Ini kerana, pertandingan ratu cantik bukan dilihat hanya pada wajah dan fizikal semata-mata, tetapi juga cara pemikiran seseorang dalam melontarkan pendapat.
“Jadi, jika gadis Islam menyertainya, apa salahnya pihak penganjur menghormati mereka dengan memberi kelonggaran pemakaian yang lebih sopan. Kerana kecantikan bukan sahaja daripada luaran semata-mata, tetapi juga IQ kita,” tegasnya. – Mstar.com.my

Wow : Pengerusi NGO Pantau Jenayah Malaysia ‘MyWatch’ Parah Ditembak!

Seremban – Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevan, 29, parah manakala rakannya terselamat selepas ditembak dua lelaki bermotosikal di simpang Taman Awana Indah, Bahau, dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa bersama rakannya, B Ramesh, 35, menaiki kereta BMW warna perak.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, sebaik menghampiri tempat kejadian mangsa yang baru saja mengambil rakannya itu dari taman berkenaan untuk keluar minum di pekan Bahau, dikatakan membuka cermin tingkap sambil menghisap rokok.
“Tiba-tiba muncul sebuah motosikal Yamaha LC dari arah belakang di sebelah pemandu dinaiki dua lelaki dipercayai berbangsa India.
“Pembonceng motosikal berkenaan kemudiannya melepaskan sedas tembakan dari jarak dekat dan mengenai rusuk kanan mangsa sebelum suspek turun dan cuba menghampiri kereta terbabit.
“Bagaimanapun, mangsa yang dalam kesakitan berjaya memecut keretanya manakala kedua-dua suspek dikatakan berpatah balik ke arah Rompin untuk melarikan diri,” katanya.
Hamzah berkata, kira-kira 300 meter dari tempat kejadian, rakan mangsa berjaya memberhentikan kereta itu dan mengalih mangsa ke tempat duduk belakang sebelum memecut ke hospital.
“Setakat ini, tiada saksi mengecam suspek malah mangsa juga tidak mengesyaki sesiapa. Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Pilah dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.
Menurut Hamzah, polis melakukan siasatan terperinci dari segenap aspek bagi mengetahui motif serangan serta mengesah suspek terbabit.
Katanya, pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) melakukan siasatan dengan diselia pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.
“Saya tidak dapat memberikan komen lanjut kerana siasatan masih dijalankan dan setakat ini belum ada sebarang petunjuk mengaitkan mana-mana pihak dalam kejadian ini.
“Kita membuka siasatan kes ini mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, kerana cubaan membunuh,” katanya.
Sementara itu, media pada Februari lalu melaporkan Sri Sanjeevan membuat kejutan apabila mengeluarkan kenyataan menerusi sebuah laman web mendakwa kononnya dia diancam akan ditembak polis kerana cuba membongkar aktiviti perjudian di Jelebu.
Serentak itu, polis kontinjen negeri menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan itu. - HARIAN METRO
41e4b8b4a36e37777de420c504360227
igp




sanjeevan1-642x441

Info : Hukum Pakai Inai Bercorak

hukum pakai inai bercorak

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. -Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

    -Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang

    .-Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

    Sumber: e-fatwa

Naluri Homoseksual: Ujian Dari Allah

homoseksual
Gambar sekadar hiasan

Kita dilahirkan suci bersih bak kain putih, lalu dicorakkan oleh kehidupan duniawi. Setiap insan pasti mahu dilahirkan sempurna sifatnya dan baik akhlak serta budi pekertinya. Saya juga seperti itu, tetapi kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan apa yang terbaik buat kita, kerana Dialah sebaik-baik perancang, dan Dialah Maha Mengetahui.

Saya Aiman (bukan nama sebenar) dan saya dilahirkan sebagai anak lelaki bongsu dari 5 bersaudara, mempunyai 4 kakak perempuan. Dari kecil saya dimanjakan oleh adik beradik yang lain dan oleh kedua orang tua, terutamanya sang ibu. Entah mengapa, lama-kelamaan saya mula menyedari bahawa naluri diri saya mula berubah, saya mula tertarik kepada golongan sejenis yakni golongan lelaki. Ini semua saya sedari sewaktu di sekolah rendah lagi, saya mula meyukai kawan baik saya Firdaus. Setiap hari kami sering pergi dan pulang dari sekolah bersama-sama. Saya sering menghabiskan waktu bermain bersamanya. Tetapi saya harus memendam perasaan saya ini kerana saya takut jika diketahui oleh Firdaus, dia akan mula membenci saya. Perasaan ini saya pendam sehinggalah akhir persekolahan menengah tingkatan 5.

Setelah itu, saya mendapat tawaran untuk sambung belajar ke Perth, Australia. Hubungan kami terpisah begitu saja. Pada mulanya saya berasa sedih, tetapi memikirkan kehidupan harus diteruskan, akhirnya saya berjaya melupakan Firdaus dan mulai fokus pada pembelajaran saya. Tetapi ternyata ujian yang sebenar baru bermula bagi saya, di sana saya tinggal sendirian. Dan ini adalah sesuatu yang baru buat diri saya. Saya mula merasakan kebebasan yang tidak pernah saya kecapi. Sewaktu itu, tiada insan yang dapat mengongkong hidup saya. Walaupun ibu sering telefon dan mengingatkan diri ini supaya jangan pernah sesekali meninggalkan solat, tetapi nasihat itu tidak saya ikuti. Kehidupan saya semakin menyimpang. Saya mula berkenalan dengan Eric, kawan sekuliah saya. Dia adalah seorang yang baik hati, sosok tubuh yang agak sasa dan mempunyai karisma kepimpinan yang saya kagumi.

Mahu dipendekkan cerita, sejak dari itu, saya mula jatuh ke jurang maksiat. Jurang maksiat yang tidak pernah saya fikirkan. Pada sebelah pagi, saya ke kampus seperti kawan-kawan yang lain. Tetapi sebelah malamnya, saya sering keluar minum dan mengamalkan gaya hidup songsang, termasuk hubungan seks songsang. Kehidupan semakin menyimpang dari hari ke hari. Sehinggalah pada suatu ketika, saya mulai demam dan berasa kurang sihat. Sewaktu itu, saya amat takut sekali, adalah ini balasan dari Allah SWT? Adakah saya telah mendapat jangkitan virus HIV?

Kawan-kawan yang saya anggap sebagai kawan baik saya tidak menghiraukan saya. Tidak pernah mengambil berat tentang saya. Mereka tetap terus dengan kehidupan bebas mereka. Malah ada yang mentertawakan saya. Waktu itu, saya rasa sedih dan amat kesunyian. Hanya ibu dan ayah tempat mengadu. Mulai dari hari itu, sejadah yang telah lama aku simpan mulai aku gunakan kembali. Dahi yang sudah lama tidak menyentuh sejadah bagi sujud kepada yang Esa mula tersentuh kembali. Ucapan Al-Fatihah yang sudah lama tidak membasahi bibir ini, kembali terucap. Saya mulai kembali kepadaNya walaupun dengan langkahan kecil.

Sakit itu adalah rindu Allah SWT kepada hamba-hambaNya, dan sakit itu adalah penebus dosa-dosa kecil. Setelah sihat, saya beranikan diri untuk ke hospital bagi menjalani ujian darah anti HIV. Sementara menunggu hasil ujian yang bakal keluar kebesokan harinya. Jiwa saya tidak tenteram. Saya tidak lalu makan. Sering memikirkan dosa-dosa masa lalu yang banyak sekali. Dan saya teringat ayat ini :
“Sesungguhnya dengan mengingati Allah SWT, hati akan tenang.”
(Surah Ar-Ra’d ayat 28)
Saya mula berzikir. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. Dan dunia ini adalah hanya sementara. Kita serahkanlah segalanya kepada Allah SWT. Apapun yang terjadi, jangan sesekali kita berputus asa kepadaNya. Alhamdulillah hati akan berasa tenang.

Keesokan harinya, langkah menuju ke hospital amat berat sekali. Tangan saya sempat gementar sewaktu mahu mencapai sampul hasil ujian darah tersebut. Setelah mengambil hasil tersebut, saya langsung pulang ke rumah. Tidak berani untuk membuka sampul tersebut di hospital. Di rumah, setelah berdoa kepada Allah SWT, saya mula membuka sampul tersebut, dan Ya Allah SWT, Alhamdulillah… ternyata hasilnya adalah negatif. Bererti saya sihat dari virus HIV. Alhamdulillah ya rabb.

Sejak dari saat itu, saya berazam untuk berubah. Ibu dan ayah sendiri juga merasakan perubahan positif dalam diri saya ini. Saya berjanji untuk mengembirakan hati mereka. Dan yang paling penting mengembirakan hati Sang Pencipta. Hubungan dengan Allah SWT itu adalah yang paling utama dalam hidup ini. Jika baik hubungan tersebut, inshaAllah baik juga hubungan kita sesame manusia. Saya nekad untuk tidak tinggalkan solat 5 waktu. Walaupun kadang-kadang saya akui, perasaan malas itu tetap ada, saya paksakan diri juga untuk bangun dan solat.

Kadang-kadang saya sering dengar ada yang mengatakan begini :
“Apalah guna solat kalau masih mencuri?” atau
“apalah guna solat kalau hendak dipaksa?”

Solat itu memang berat bagi orang yang tidak mempedulikannya. Oleh itu jika seseorang yang baru mahu berubah, adalah normal memerlukan sedikit dorongan dan paksaan. InshaAllah lama-kelamaaan keikhlasan dalam menunaikan solat itu akan tercipta apabila kemanisan iman itu dikecapi.

Menyentuh mengenai perbuatan jahat walaupun seseorang itu menunaikan solat. Saya percaya bahawa dengan terus menerus menunaikan kewajipan solat. InshaAllah perbuatan yang kurang baik tersebut akan luput. Kerana sesungguhnya hati yang bersih itu tidak dihinggapi dengan perbuatan yang kurang baik. Sesungguhnya benar sekali bahawa solat itu mencegah dari kemungkaran.

Tetapi saya juga akui bahawa perasaan terhadap golongan sejenis itu masih ada di dalam diri saya. Saya sendiri tidak tahu sampai bila perasaan ini akan menyelubungi diri ini. Tetapi saya yakin pada janji Allah SWT, Dia pasti akan membantu hambaNya. Oleh itu adalah tugas saya untuk terus berdoa dan memohon pertolongan dari Allah SWT, kerana hanya Allah SWT yang mampu menolong saya.
Yang paling penting kita terus berusaha mendekatkan diri kepadaNya, solat harus rajin kita usahakan.

Solat adalah perkara terpenting, sebab itu dipanggil tiang agama. Selain itu, belajarlah untuk menundukkan pandangan, rajinlah berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan hawa nafsu, carilah kawan yang membawa kepada kebaikan dan inshaAllah jika kita ingin berubah, Allah SWT sendiri akan menghantar kawan-kawan yang baik kepada kita. Percayalah. Perbanyakkanlah membuat kebaikan dan berdakwah, kerana kebaikan itu dapat meningkatkan pahala dan amalan kita. Usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan Rasulullah sedekat-dekatnya. Rajin bangun malam untuk solat dan zikir.

Salah satu motivasi buat diri saya adalah dengan sering berprasangka baik terhadap Allah SWT. Allah SWT itu Maha Pengampun. Jika ibu ayah kita saja dapat memaafkan kita, apatah lagi Allah SWT. InshaAllah.

“Fitrahnya iman itu bermusim. Ada masanya ia naik dan turun. Demikianlah hakikat kejadian manusia. Namun,  insan yang beruntung adalah jika imannya semakin bertambah seiring dengan amalannya. Jika kita terbuat dosa lain, kembalikan diri dan hati (hati yang paling penting) kepada jalan Allah SWT. Kuatkan diri, berdoa agar Allah SWT kuatkan hati dan semangat kita. Mohonlah bantuan dariNya dalam meredah ujian hidup ini. Ingat bahawa, ujian terbesar dari Allah SWT adalah kepada hambaNya yang paling Dia sayang. Kalau kita tidak mampu untuk membuat semua, jangan ditinggalkan semuanya sekali. Bermula dengan yang mudah, mulakan dengan solat 5 waktu, inshaAllah amalan-amalan baik lain akan mengikuti.” 

Ayat inilah yang mendorong saya dan memotivasikan diri saya. Saya nekad untuk berubah.  Sesungguhnya amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah amalan yang berterusan, walaupun sedikit. Ya, saya akan berusaha untuk berubah dan berdoa semoga Allah memberikan saya peluang dan hidayahnNya yang berterusan. Doakanlah diri ini agar istiqamah dalam mujahadah melawan perasaan. Semoga mujahadah ini membawa diri saya agar lebih mendekatiNya dan menjadi insan yang berjiwa fitrah.

“Ya Allah.. sambutlah tangan ini, tetapkanlah hati ini, dekatkanlah langkah mujahadah ini dalam kebaikan dan keredhaanMu. Sesungguhnya rahmatMu ku dambakan. AmpunanMu ku pohonkan. Ampunilah dosa-dosa semalam dan terimalah taubatku ini Ya Ghaffar. Hanya padaMu ku memohon keampunan dan hanya padaMu jua ku serahkan diri.”

Fakta : Kenapa Islam Haramkan Makan Babi?

kenapa haram makan babi

Ini adalah larangan Allah dalam Qur’an seperti tersebut dalam ayat di bawah ini :
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan haiwan yang disembelih disebut nama selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa memakannya sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampau, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Baqarah 173).
Diharamkan bagimu makan bangkai, darah, daging babi, daging yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, dipukul, jatuh, ditanduk, dan diterkam haiwan buas, kecuali sempat disembelihnya, dan diharamkan bagimu yang disembelih untuk berhala. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Maidah 5;3).
Katakanlah: “Tidaklah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali bangkai, darah yang mengalir atau daging babi, kerana semua itu kotor atau haiwan yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa dalam keadaan terpaksa sedangkan dia tidak menginginkannya dan tidak melampau, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al-An’aam 6:145).
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu makan bangkai, darah, daging babi dan haiwan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampau, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (An-Nahl 16;115).
Ayat-ayat tersebut memadai untuk meyakinkan umat islam tentang pengharaman babi. Inilah sebab kenapa umat Islam tidak boleh makan babi, adapun hikmah di sebalik larangan makan babi adalah :
1. Sebetulnya babi juga diharamkan dalam Bible, orang kristian sepatutnya yakin dengan kitab agama mereka. Bible melarang memakan babi dalam buku leviticus
Janganlah makan babi, haiwan itu haram, walaupun berkuku belah tetapi haiwan itu tidak memamah biak, jangan makan haiwan seperti itu dan jangan sentuh bangkainya (Leviticus 11;7-9).

Larangan tersebut juga diulangi dalam ayat yang lain :

Jangan makan babi. Haiwan itu haram, walaupun berkuku belah tetapi haiwan itu tidak memamah biak. Jangan makan haiwan seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya (Deutronomi 14;8).
Di ayat yang lain babi diharamkan dalam buku Proverb
Janganlah makan babi. Babi haram, walaupun berkuku belah tetapi tidak mamah biak. Janganlah makan hewan itu, dan jangan sentuh bangkainya, hewan itu haram (Proverb 11;7-8).
Larangan yang sama juga disebut dalam buka Isaiah 65; 2-7
2. Memakan babi menyebabkan pelbagai penyakit, mengikut kajian saintifik memakan babi boleh menyebabkan tidak kurang daripada tujuh puluh jenis penyakit. Seseorang boleh mendapat pelbagai helminthes seperti cacing bulat, cacing peniti, cacing kerawit dan lainnya.
Antara yang berbahaya adalah Taenia solium, ataupun cacing pita yang tersimpan dalam usus dan sangat panjang. Ovum atau telurnya memasuki aliran darah dan menyebar ke semua organ tubuh. Jika ia memasuki otak, mengakibatkan hilang ingatan. Jika memasuki jantung menyebabkan serangan jantung (jantung koroner), jika memasuki mata mengakibatkan buta, jika memasuki hati mengakibatkan kerosakan hati. Ia dapat merosakkan hampir semua organ tubuh manusia.
Satu lagi helminthes adalah Trichura Tichurasis, ovumnya atau telur tidak mati sungguhpun telah dimasak sampai betul-betul masak. Dalam satu kajian yang dijalankan di Amerika, didapati daripada dua puluh empat orang yang menghidapTrichura Tichurasis, dua puluh dua orang telah memasak daging babi tersebut dengan betul.
3. Babi mempunyai bahan pembina lemak yang tinggi, babi sangat sedikit bahan pembina otot dan mengandungi lemak berlebihan. Lemak ini tersimpan pada saliran darah manusia dan mengakibatkan hipertensi dan serangan jantung. Tidak mengherankan lebih 50% rakyat Amerika menghidap hipertensi.
4. Babi adalah haiwan yang paling kotor di bumi ini, secara semula jadi babi hidup dan membiak pada serasah, najis dan kotoran. Ia merupakan haiwan pemakan bangkai terbaik ciptaan Allah. Di Perkampungan India, mereka tidak mempunyai tandas moden dan penduduk kampung membuang najis di merata tempat terbuka, maka najis tersebut dimakan oleh babi. Mungkin di negara-negara Maju seperti Australia dan Jerman, babi diternak di tempat yang bersih tetapi babi ditempatkan bersama dalam kandang. Secara tabii babi merupakan haiwan yang kotor dan tetap makan najis sendiri.
5. Babi adalah haiwan paling menjijikkan, babi adalah satu-satunya haiwan yang merelakan pasangannya mengadakan seks bersama jantan lain. Di Amerika, kebanyakan orang memakan babi dan sudah menjadi budaya selepas parti mereka akan bertukar-tukar isteri, dan berkata “Anda tidur dengan istri saya dan saya tidur bersama isteri anda. Mungkinkan budaya memakan babi menggalakkan budaya babi.
Mengikut kajian genetik DNA babi adalah hampir sama dengan DNA Manusia, dan DNA babi dapat mempengaruhi DNA manusia kalau dipindahkan ke dalam tubuh manusia. Hari ini kita menganggap Amerika adalah sebuah negara yang paling maju dan canggih, apa sahaja yang mereka lakukan akan menjadi ikutan beberapa tahun kemudian. Menurut laporan, amalan ini telah menyebar ke Eropah dan Barat serta Asia, akankah budaya ini menyebarkan ke Malaysia?

Sila tonton video ini:

Sumber: israelu09.blogspot.com

Friday 5 July 2013

Fakta : Inilah 11 Gaya Potongan Rambut Artis Yang Paling Popular Dari Dulu Hingga Sekarang




Selain penampilan, tatanan rambut menjadi identiti tersendiri bagi para penyanyi ini. Beberapa di antaranya bahkan disebut-sebut sebagai rambut yang paling ikonik. Siapa saja selebriti muzik dengan rambut yang paling popular sepanjang masa?



1. Marilyn Monroe
Marilyn Monroe'nun fotoğrafları çalındı


2. Elvis Presley
Cantores lucro postumo


3. Grace Jones
Bond Girls Gallery 2008 A View to Kill Grace Jones


4. David Bowie
Get David Bowie Beauty Thanks To Selfridges And Illamasqua


5. Madonna
12th Annual American Music Awards

6. Sinead O'Connor
Sinéad O'Connor aplaza el concierto previsto este sábado en Sevilla y retrasa al 17 de este mes el de Málaga


7. Pink
Pink Performs At The 02 Arena

8. Victoria Beckham
Victoria Beckham Attends a Press Conference to Promote Her New Jewelry Line from Samantha Tiara


9. Gwen Stefani
Premiere Of FilmDistrict's

10. Amy Winehouse
beehives, amy winehouse



11. Lady Gaga
Cara Mudah Membuat Sanggul Berbentuk Pita dari Rambut

 
Advertise Now!
Powered by Blogger.

Popular