Advertise Now!

Friday 27 September 2013

Semasa : Pemohonan maaf isteri Mat Yo terlambat, kes ini sudah lanjut ke mahkamah

maafterlambat
Subang Jaya: “Tidak kira sama ada laporan polis ditarik atau permohonan maaf dibuat, kami akan tetap melanjutkan kes ini ke mahkamah.”
Itu tegas Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd Mukhveer Singh Gill susulan insiden pertengkaran kakitangan syarikat itu Azman Md Nayan, 49, dengan Siti Aisya Adam, 24, isteri pemain bola sepak negara Norshahrul Idlan Talaha, 27, atau Mat Yo, pada 12 September lalu.
Mukhveer berkata, pendirian itu diambil kerana Siti Aisya terlebih dulu mengugut untuk memanjangkan insiden itu ke mahkamah.
“Sebagai syarikat kawalan keselamatan yang bertanggungjawab, kami akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kakitangan kami,” katanya, semalam.
Insiden pertengkaran Siti Aisya dengan Azman menjadi perhatian ramai apabila rakaman video kejadian itu yang berdurasi 55 saat dimuat naik ke Internet dan disebar luas pengguna laman sosial Facebook (FB) serta YouTube.
P/S:-bagus betul pihak pengurusan syarikat ni yg mengambil berat KEBAJIKAN dan MARUAH pekerjanya…maruah PEKERJA adalah maruah SYARIKAT jugak…

Ditulis Oleh : Unknown // 22:15
Kategori:

0 comments:

Post a Comment

 
Advertise Now!
Powered by Blogger.

Popular