Advertise Now!

Monday, 10 June 2013

Info : Subhanallah!!! Bertuahnya Ibu Mengandung

Ibu Mengandung
Assalamualaikum semua. Hari ni Dr Fuh nak kongsikan dengan pembaca semua info mengenai kelebihan ibu mengandung hingga melahirkan anak. Seriously memang banyak. Ada 10 kelebihan ibu mengandung. Terdapat banyak pengalaman dan susah senang ketika seseorang ibu itu mengandung. Secara ringkasnya, seorang ibu itu sangat bertuah kerana :

Kelebihan Ibu Mengandung

Ibu Mengandung
1. Apabila seorang wanitamengandung, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
2. Rakaat solat seorang ibu mengandung adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil.Rasulullah menyebutkan bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya di mana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama.
3. Ibu mengandung perolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan bahawa ibu mengandung akan memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah ke sana ke mari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah .
4. pabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.
5. Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.
6. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
7. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
8. Jika seorang wanita menyusukan bayinya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.
9.Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
10. Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.
Banyak kan? Itulah ganjaran Allah S.W.T. kepada golongan ibu setelah 9 bulan bersusah payah mengandungkan anaknya dan melahirkan ke dunia. Namun masih banyak lagi gejala buang bayi yang dilaporkan di Malaysia. Wallahualam…

Ditulis Oleh : Unknown // 23:02
Kategori:

0 comments:

Post a Comment

 
Advertise Now!

Blog Archive

Powered by Blogger.

Popular