Advertise Now!

Saturday, 27 July 2013

Semasa : Umno Sokong Usaha Banteras Syiah

Datuk Rosnah Rashid Shirlin.


SHAH ALAM – Siapa sahaja yang terlibat dengan penyebaran fahaman Syiah, tidak kira daripada parti pemerintah atau pembangkang, perlu dihalang dan dikenakan tindakan, kata Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rashid Shirlin.
“Isu Syiah sangat serius kerana ia melibatkan soal pegangan dan akidah. Amalan Syiah sangat bertentangan dengan ajaran Islam.
“Apatah lagi (jika) ia melibatkan pemimpin yang berpengaruh. Ttindakan segera perlu diambil,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu, termasuk pemimpin politik dan pertubuhan, yang mengamalkan ajaran Syiah.
Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, isu penyebaran fahaman Syiah ini di luar ideologi politik dan memberi kesan mendalam terhadap keseimbangan umat Islam di negara ini.
“Mungkin ada pemimpin politik yang berselindung. Perkara itu (bahawa mereka terlibat) sukar dibuktikan.
“Mungkin kita boleh menuduh seseorang itu Syiah, tetapi mereka bijak menyembunyikannya tindak tanduk mereka,” katanya.
Reezal melihat keperluan siasatan dan risikan dilakukan secara mendalam sebagai langkah mengatasi masalah ini di peringkat akar umbi. - Sinar Harian Online

Ditulis Oleh : Unknown // 20:32
Kategori:

0 comments:

Post a Comment

 
Advertise Now!
Powered by Blogger.

Popular