Tidak kiralah bagaimana sesebuah kejayaan itu dinilai, selagi pencapaian yang mengharumkan nama seperti negara khususnya pasti mendapat imbuhan atau ganjaran setelah berbakti kepada tanahair. Panjang intro Murai Batu kali ini, ala-ala penyampaian berilmiah katanya.
Membebel panjang pun tak guna, yang penting gadis Bond untuk Tomorrow Never Dies kelahiran Ipoh iaitu Dato` Michelle Yeoh baru-baru ini dah dapat gelaran baru. Kalau nak dikira dah paling tertinggi lah yang pernah diberi kepada penggiat -penggiat seni sebelum ini.
Tan Sri Dato` Michelle Yeoh menerima pingat Panglima Setia Mahkota daripada DYMM Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan baginda yang jatuh pada 1 Jun lalu. Sebagai Malaysia Brand Ambassador atau Duta Jenama Malaysia, Murai Batu rasa memang dia layak menerima gelaran tersebut.
Murai Batu memang seorang nasionalis, wah, kiranya apa sahaja perkara yang mengharumkan nama negara pasti Murai Batu rasa bangga. Sekarang bukan Tan Sri Dato` Michelle Yeoh dan Dato' Jimmy Choo sahaja dikenali sebagai orang Malaysia, penyanyi Yuna, Shila Amzah, Mizz Nina dan beberapa nama lain dibidang masing-masing.
Murai Batu lebih ambil tahu pasal selebriti kita yang hebat diluarlah. Kalau tak selebriti manalah Murai Batu nak kenal sangat, oops!
Sekali lagi diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Dato` Michelle Yeoh kerana disebabkan dia, seorang rakyat Malaysia sama seperti kita semua telah berjaya meletakkan nama Malaysia di peta dunia. Tengoklah kalau Murai Batu dah mula, terlebih sudah.
Lupa pula seorang lagi anak watan dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu pereka Zang Toi yang turut dianugerahkan Darjah Pingat Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk. Hebat betulkan rakyat Malaysia, bukan calang-calang kejayaan mereka. Murai Batu harap mereka ini dapat jadi inspirasi anda untuk mencipta kejayaan dalam hidup okay? -Murai
0 comments:
Post a Comment